top of page

TUTORIAL ENTITI AR

dinasour (2).jpg
Teknologi Maklumat: About Me
cloud_computing.png

Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Pengkomputeran Awan atau mungkin asing bagi sesetengah pihak. Tetapi secara realitinya, teknologi ini sudah pun bermula sekitar tahun 2000, di mana pada ketika ini internet dijadikan sebagai pusat data dan kini yang sudah sebati di dalam kehidupan seharian kita.

​

Paling terkini pengkomputeran awan adalah Google Drive, dimana ia adalah penyimpanan milik Google yang bermula pada tahun 2012, merupakan lanjutan kepada Google Docs dan menukarkan docs.google.com dengan menukarkan drive.google.com setelah diaktifkan. Google drive pada awalnya memberikan kapasiti penyimpanan percuma sebanyak 5GB dan boleh ditambah dengan bayaran tertentu. Yang terkini, Google Drive memberikan kapasiti sebanyak 15GB secara percuma untuk penggunanya. Sekiranya kapasiti 15 GB telah habis, maka penambahan kapasiti boleh dilakukan sehingga 15GB telah habis, maka untuk menambah kapasiti penyimpanan sehingga 100TB dengan dikenakan bayaran tertentu.


Selain kapasitinya lebih besar, fail yang telah disimpan akan disepadukan secara langsung dengan cirri-ciri google yang lain seperti Gmail, Google+ dan Google Search. Data yang boleh disimpan dalam Google Drive ini sangat berbeza-beza dari fail gambar, cerita rekabentuk, rakaman, video dan lain-lain. Hadirnya Google Drive dalam versi muah alih tentu saja memudahkan pengguna untuk mengakses fail dalam keadaan ataupun situasi apapun dimana-mana dan pada bila-bila saja. Satu hal lagi yang membuat Google Drive menjadi pilihan adalah adanya ciri API untuk para developer yang sangat menggemarinya. Ciri-ciri ini menjadi semakin unggul kerana Google Drive boleh menghubungkannya dengan puluhan aplikasi dari pihak ketiga

GOOGLE DRIVE.png

Kepentingan Google Drive kepada Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains

Fungsi-fungsi di Google Drive akan memudahkan fungsi kami kini atau sebagai Penolong Pegawai Sains akan datang adalah:


1) Untuk mendapatkan jawapan

  • Search - Mendapat jawapan segera kepada persoalan samada melalui web atau telefon.

  • Maps - Dapat menentukan navigasi GPS, makluman trafik, arah laluan trafik dan banyak lagi.

  • Translate - Menterjemahkan lebih daripada 100 bahasa.

  • Chrome - Penyemak imbas yang lebih cepat, mudah, dan selamat untuk web moden.


2) Membuat perancangan

  • Photos - Dapat menyimpan foto dengan lebih teratur dan mudah untuk proses pencarian.

  • Contacts - Menyimpan alamat dan nombor keluarga dan rakan

  • Calendar - Mengatur jadual dan berkongsi dengan orang lain.

  • Keep - Menyimpan idea sebagai nota, senarai dan memo suara di mana-mana sahaja


3) Melaksanakan kerja lebih bijak

  • Docs - Menyunting dan berkongsi semua dokumen dimana sahaja.

  • Sheets - Memasukkan data dan mengira dengan hamparan anda boleh mengedit di mana-mana sahaja.

  • Slides - Memaparkan atau mengemaskini persembahan dimana-mana.

  • Drive - Menyimpan secara selamat semua fail.

PENGGUNAAN SOSIL MEDIA.jpeg

Panduan Penggunaan Media Sosial

Dengan mengamalkan dasar langit terbuka di kebanyakan negara di dunia ini, maka penggunaan media sosial turut meningkat saban tahun. Disebabkan penggunaan media sosial adalah tinggi, maka tidak hairanlah lebih banyak syarikat tampil dengan ciptaan aplikasi media sosial yang lebih menarik dan mudah digunakan untuk semua lapisan masyarakat. Antara media sosial yang popular digunakan oleh rakyat Malaysia adalah Facebook, Istagram, WeChat, YouTube, Blog dan Twitter. Kebaikan media sosial ini adalah dapat mempercepatkan sesuatu maklumat disebar atau dikongsikan. Namun jika tidak digunakan sebaik mungkin akan menyebabkan kebocoran maklumat yang tidak sepatutnya yang akan menjadi ancaman kepada individu, organisasi mahupun negara. Oleh itu, satu panduan penggunaan media social diwujudkan supaya dapat menjaga nama organisasi ataupun negara.

Teknologi Maklumat: News
magicx.jpg

LAWATAN KE MAGICX

MaGICX ditubuhkan  pada tahun 2013, Ianya merupakan pusat Media dan Permainan Inovasi Pusat Kecemerlangan (MaGICX) adalah kerjasama strategik antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan dan ekosistem industri kreatif yang memberi tumpuan kepada gamification dan pengayaan kandungan digital. MaGICX akan memainkan peranan penting sebagai tunjang kepada Lembah Inovasi Iskandar Malaysia dijangka dapat menawarkan pemain industri / PKS / pelanggan teknikal kepakaran / perundingan, pembangunan penyelidikan / produk, pembangunan perniagaan, penerbitan, pemasaran dan / atau latihan dalam menghasilkan secara komersial. Bercita-cita untuk mewujudkan persekitaran yang menyumbang ke arah pembangunan bakat, promosi industri, perkongsian pengetahuan dan kerjasama antarabangsa, kredit MaGICX termasuk projek-projek yang berkaitan dengan realiti diperkukuhkan, persekitaran bercampur dan maya, pemprosesan imej, visi komputer, kejuruteraan perisian multimedia, pengkomputeran perubatan, komputer interaksi, antara muka manusia, kebolehgunaan, animasi dan teknologi, pertuturan dan isyarat pemprosesan, visualisasi, multimedia dan inovasi perisian, dan teknologi baru muncul.

​

VISI
Menjadi pendorong utama untuk Permainan dan industri Gamification & nukleus bagi Valley Inovasi Iskandar Malaysia.
MISI
Mewujudkan persekitaran yang merangsang di mana semua orang (kelab dalaman, rakan kongsi, perniagaan, penyelidik) akan mendapat inspirasi untuk menjadi yang terbaik. Rakan kongsi: Memupuk rangkaian memenangi penyelidik, perniagaan, pelabur, pakar-pakar, pelajar dan pengguna untuk terus menyampaikan kepada industri. R & D: Berada di barisan hadapan dalam perkembangan teknologi, sosial dan perniagaan yang akan memberi kesan kepada industri gamification permainan & Talent: Menyumbang kepada usaha dalam pembangunan modal insan, yang menjadi teras asas pertumbuhan Portfolio: Buat satu portfolio produk yang berdaya maju dan mampu meningkatkan jenama jenama kami Promosi industri gamification permainan dan: Memulakan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang akan menggalakkan keupayaan kami dalam permainan penyelidikan, reka bentuk dan pembangunan

​

​

Serba Sedikit Bekenaan lawatan ke MagicX

Laporan Ke MagicX UTM

Assalamualaikum,Pertama sekali dengan izin allah saya bersyukur kerana dapat membentangkan serba sedikit tentang MagicX ini semasa lawatan tempoh hari.

MagicX adalah satu lambang kemegahan,kebanggaan UTM dimana MagicX adalah salah satu pusat atau tapak untuk membangunkan aplikasi,dan membuat game dengan menggunakan kepakaran anak tempatan.MagicX juga telah bekerja sama dengan syarikat animasi terkemuka Malaysia ia itu Monsta yang mencipta kartun animasi berbentuk 3D Boboiboy.

MagicX juga telah melancarkan permainan boboiboy dalam bentuk android yang boleh dimuaturun melalui Google Apps Store dan IOS.

MagicX juga telah mengeluarkan produk real animasi yang di sertakan dengan elemen AR dimana akan nampak pergerakan melalui camera seolah-olah seperti karektor itu hidup.

MagicX telah pun dirasmikan oleh YAB DATO SERI NAJIB ABD RAZAK dan mendapat sokogan penuh dari Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.
MagicX juga membuat program untuk pelajar pasca siswazah dan pra pasca siswazah bagi membantu pelajar-pelajar yang mempunyai minat dalam permainan media ini.

Ecosistem juga terbahagi kepada 4.

  • MagicX Xcel.

  • MagicX Explore.

  • MagicX Expert.

  • MagicX Expose.

Dimana setiap satunya mempunyai maklumat berbeza.

MagicX juga mempunyai 3D Printer yang membolehkan pereka mencipta prototaip sebelum merangka sesuatu permainan.

Keistimewaan di MagicX juga menyediakan ruang santai yang dipanggil Innovation Hall.Makmal komputer juga turut disediakan bagi pelajar dan tidak lupa juga tempat meluangkan masa tatkala penat dengan kerja,MagicX menyediakan platform permainan console Xbox,Playstation dan ruang santai yang sangat selesa.

​

Teknologi Maklumat: Headliner

BRIDGING PROGRAM(INA,SUE,HANIF)

Revolusi 4.0

Saya bersama ahli kumpulan saya telah menyediakan video bagi memperkenalkan apa itu Revolusi 4.0.

MUHAMMAD HANIF BIN MUHAMMAD HATTA


PEMBANTU MAKMAL (C19A)

JABATAN BIOTEKNOLOGI INDUSTRI
FAKULTI BIOSAINS & BIOKEJURUTERAAN

m.haniff@utm.my

haniff.jpg
sue.jpg

 SUHAIDAH BTE SULEIMAN

PEMBANTU MAKMAL (C19A)

JABATAN SAINS BIOLOGI
FAKULTI BIOSAINS & BIOKEJURUTERAAN

suhaidah@utm.my

FAZLINA BT IBARHIM

PEMBANTU MAKMAL
(C19A)
MAKMAL BERPUSAT
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
LEBUHRAYA TUN RAZAK 26300,GAMBANG KUANTAN

eina.jpg
Teknologi Maklumat: Team Members
prof shahrizal it.jpg

PENSYARAH
TEKNOLOGI MAKLUMAT

Director
UTM-IRDA Digital Media Centre
MaGIC-X (Media and Games Innovation Centre of Excellence)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor MALAYSIA

Emel : shahrizal@utm.my

07-553 2321

Teknologi Maklumat: About Me
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by FAZLINA IBARHIM. Proudly created with Wix.com

bottom of page