top of page
geologi.jpg

GEOLOGI

Geologi adalah merupakan kajian berkenaan bentuk muka bumi, struktur, komposisi serta proses pembentukannya. Dengan kajian yang mendalam di dalam ilmu Geologi dapat menentukan sejarah kewujudan sesuatu pulau, tasik, pergunungan dan bentuk muka bumi lain.

Geologi: About
unsur2 kimia.jpg

BAB 1

Sifat-Sifat Fizik dan Kimia Bumi

Di dalam bab ini, pelajar didedahkan dengan teori-teori pembentukan bumi dan alam semesta. Pelajar juga dijelaskan mengenai lapisan bumi dan kandungan di dalam setiap satu lapisannya. Antara kaedah yang digunakan untuk mengkaji kedalaman lapisan bumi adalah menggunakan kaedah gelombang bunyi atau lebih dikenali sebagai Gelombang Siesmik.


Di mana, kajian pada permukaan bumi menggunakan Reileigh Wave (R-Wave) dan Love Wave (L-Wave). Manakala pada bahgaian badan bumi pula menggunakan Primary Wave (P-Wave) dan Secondary Wave (S-Wave). Pelajar juga diterangkan mengenai pembentukan banjaran, pulau, gunung, gunung berapi dan bagaimana kejadian gempa bumi yang berlaku. Kandungan asas yang wujud dalam batu juga menghasilkan jenis batuan yang berbeza warna, dan juga kekerasannya.

mineral.jpg

BAB 2

Mineral

Mineral adalah bahan bukan organik yang terbentuk secara semulajadi yang memiliki struktur dalaman bersifat khusus yang ditentukan oleh susunan teratur atom-atom atau ion-ion yang dikandunginya dan mempunyai komposisi kimia dan sifat fizik yang tetatpataupun berubah dalam julat tertentu.  Pelajar didedahkan dengan ilmu untuk mengenal mineral dalam membezakan warna, coreng, kilauan, kekerasan dan retakan. Pelajar juga dijelaskan mengenai ikatan kimia yang membentuk mineral yang mengikut kelas tersendiri iaitu mineral silikat dan mineral bukan silikat.

geologi.jpg

BAB 3

Batuan

Di dalam bab ini, pelajar diterangkan berkenaan jenis batuan yang wujud di muka bumi. Antaranya adalah dari jenis Amourphos, Metaphos dan juga Ignues. Struktur batuan, proses wujudnya batuan berkenaan dan juga ciri-ciri lain. Dimana batuan terbentuk daripada satu jenis mineral atau gabungan beberapa jenis mineral yang akan memberi kesan kepada warna batuan tersebut.

Geologi: News

PENSYARAH

Geologi: Team Members
prof radzuan.jpg

PROF. DR. RADZUAN JUNIN

Profesor (VK07)

PROFESOR (VK07)

Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Tenaga

Jabatan Kejuruteraan Petroleum

Jabatan Kej. Petroleum Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Tenaga Universiti Teknologi Malaysia

r-razuan@utm.my

​

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2017 by FAZLINA IBARHIM. Proudly created with Wix.com

bottom of page